Nov 23, 2012

Pengalaman bersama anak-anak Al-Husni mengikuti kelas berenang


  

Assalamualaikum w.b.t


sahaja untuk berkongsi cerita kali ni apabila mengenangkan telatah anak-anak al-husni belajar berenang di Pusat Akuatik, Shah Alam yang cukup mencuit hati saya. Melihat wajah comel mereka bermain riang gembira di dalam air membuatkan saya asyik tersenyum. Tidak sangka kanak-kanak (yang hanya 4,5 dan 6 tahun) ini sudah dibenarkan berenang di kolam orang dewasa tetapi hanya dengan pemantauan cikgu berenang mereka lah (mereka di ajar mengikut berperingkat-peringkat).Saya sendiri tidak menyangka mereka lebih berani berenang di kolam orang dewasa. Woah!! Satu pencapaian besar bagi saya. Ini membakar semangat saya untuk mengambil kelas berenang untuk diri sendiri pada masa akan datang. =) 








Namun, apabila saya perhatikan kanak-kanak ini ketika berlatih berenang. Pembelajaran mereka tidak lah susah, malah lebih seronok. Guru yang mengajar juga sangat sabar melayan kerenah kanak-kanak dan berdisiplin (hah, in yang penting). Pembelajaran ini mendidik dan membantu kanak-kanak lebih yakin, berani, tenangkan diri, dan bernafas. Nilai yakin pada diri sendiri bukan sahaja dipraktikan apabila berada di dalam air, malah secara tak langsung membantu membina karakter kanak-kanak ini dalam kehidupan harian mereka.










Ini adalah beberapa fakta mengenai sukan renang.....

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoodinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain merangsang stamina (sistem kardiovaskular). Air yang membawa peranan penting dalam sukan ini memjadikan sukan renang lebih unik berbanding sukan-sukan yang lain. Keampungan badan di dalam air membolehkan latihan yang susah atau sukar di lakukan ketika berada di tempat yang kering (tiada air) lebih mudah dilakukan. Tidak seperti sukan yang memerlukan impak yang tinggi seperti lari, dimana memberi tekanan pada joints. Malah, air yang berada di sekeliling kita membantu memperlahankan pergerakan dan meningkatkan kesukaran dalam pergerakan berbanding latihan di luar air. 


Sesiapa yang berminat untuk mendaftar anak-anak mereka mengambil kelas berenang pada tahun hadapan. Bolehlah membuat pendaftaran dengan segera!


P/S: kepada sesiapa yang berminat berenang, selamat mencuba dan selamat berenang =). Hmm... masa cuti sekolah inilah masa yang paling sesuai sekiranya ibubapa mahu meluangkan masa bersama anak-anak mereka belajar berenang. Boleh lah  bawa mereka ke Pusat Akuatik, Shah Alam. Tiket masuk murah sahaja.

No comments:

Post a Comment