Aug 9, 2010

Lawatan ke Petrosains KLCC


















Tadika Al Husni telah membawa kanak-kanak melawat Petrosains sebagai lawatan tahunannya untuk tahun 2010 ini iaitu pada 3 Ogos(Laman Seri) dan 4 Ogos (Pinggiran USJ).
Tujuan aktiviti lawatan ini adalah
1.untuk membantu perkembangan sosial supaya kanak-kanak belajar hidup berdikari
2.memberi peluang kepada kanak-kanak merasai kebebasan dan menjelajah alam sekeliling
3.melatih kanak-kanak supaya sedia mengalami pengalaman-pengalaman baru


Antara yang menarik dan menyeronokkan kanak-kanak semasa di sana adalah dark ride, helicopter ride , 3D movie, melihat dinasour dan lain-lain lagi
.

Dalam perjalanan sekilas masa menaiki `dark ride` gondola, kanak-kanak begitu seronok apabila diperkenalkan asas kejadian bumi ini dengan teknologi canggih dengan paparan skrin .Walaupun mereka kurang faham dengan penerangan itu,tetapi yang pasti mereka amat gembira menaiki gondola bersama-sama kawan-kawan .

Kembali ke zaman 170 juta tahun dahulu, kanak-kanak dipertontonkan dengan hidupan dan haiwan pra sejarah . Dinasour yang besar dan boleh bergerak seolah hidup membuatkan kanak-kanak semua seronok ...ada juga yang ketakutan hingga minta didukung.

Lawatan ke pelantar minyak dengan menaiki helikopter adalah pengalaman yang cemas tetapi menyeronokkan .Kami berjaya terbang dalam cuaca ribut dan mendarat di atas pelantar minyak . Oo..rupanya kerja -kerja di pelantar begitu mencabar.Nak dapatkan hasil minyak dan gas perlu banyak pengorbanan.

Menonton movie 3D - cerita `Dragon`, dengan mengenakan cermin mata khas juga menyeronokkan. Kita seolah-olah berada sangat hampir dengan apa yang ada dalam cerita tersebut .

Walaupun meletihkan, tetapi kanak-kanak dan guru-guru dapat merasakan keseronokkan .


Jul 30, 2010

KELAS RENANG









Kelas renang adalah aktiviti yang baru dimulakan untuk pelajar-pelajar tadika Al-Husni sebagai aktiviti tambahan. Ianya dimulakan pada penghujung tahun 2009 .Kelas renang ini diadakan sekali dalam seminggu iaitu setiap hari Khamis, bertempat di Pusat Akuatik Shah Alam . Kelas bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari .Walaupun cuaca amat panas pada waktu ini,tetapi Alhamdulillah kanak-kanak berlatih dalam kawasan yang dilindungi matahari.,

Pengangkutan serta makanan disediakan .Pelajar yang termuda yang mengikuti kelas renang tahun 2010 berumur 4 tahun . Aktiviti renang membantu kanak-kanak membentuk dan membina kekuatan fizikal ,mental dan melatih mereka supaya menjadi lebih berani . Kanak-kanak juga dilatih supaya mematuhi arahan, peraturan dan adab-adab semasa berenang .

Setelah beberapa kali mengikuti kelas renang ini , kami dapati beberapa orang kanak-kanak yang pada mulanya takut ,menangis dan menjerit apabila disuruh masuk ke dalam air , kini telah dapat menyesuaikan diri , bahkan mereka amat gembira sekali apabila berada didalam air yang sedalam 4 kaki .

Kami percaya ramai ibu bapa yang kurang berminat kerana bimbang tentang keselamatan anak-anak semasa berenang , InsyaAllah jurulatih renang sentiasa mengawasi mereka dan mereka tidak dibenarkan bermain sesuka hati .






Jun 10, 2010

Teachers Day 2010

Sambutan Hari Guru disambut pada Mei 19, di Laman Seri dan Mei 20 di Pinggiran USJ. Pada hari tersebut guru-guru mempersembahkan sketsa menceritakan tentang peritnya balasan kubur atas perbuatan jahat semasa hayat. Telatah guru guru yang secara spontan ini menghiburkan kanak-kanak. Ada juga yang kehairan apabila melihat guru yang dipalu di dalam kubur. Ada yang bertanya kenapa guru itu dipukul.


Di tadika Pinggiran USJ pula, semua guru-guru mempersembahkan tarian serta boria .

Sketsa lakonan guru mengenai murid baik dan nakal nak ke sekolah...tak nak salam ibunya.

Murid nakal yang suka mengganggu kawannya...kerana di hasut oleh syaitan.


Murid nakal tidak mahu menbaca doa.

Sketsa ini berakhir dengan murid nakal tadi kemalangan dan meninggal dunia. Maka azab kubur pula di tunjukkan dengan memukul murid nakal itu. kanak-kanak memerhatikan perlakuan itu dan bertanya dengan guru masing-masing...ini bermakna mereka faham apa yang hendak disampaikan.

Guru-guru berterima kasih dengan ibubapa yang meberi juadah untuk sambutan berkenaan.