Aug 9, 2010

Lawatan ke Petrosains KLCC


















Tadika Al Husni telah membawa kanak-kanak melawat Petrosains sebagai lawatan tahunannya untuk tahun 2010 ini iaitu pada 3 Ogos(Laman Seri) dan 4 Ogos (Pinggiran USJ).
Tujuan aktiviti lawatan ini adalah
1.untuk membantu perkembangan sosial supaya kanak-kanak belajar hidup berdikari
2.memberi peluang kepada kanak-kanak merasai kebebasan dan menjelajah alam sekeliling
3.melatih kanak-kanak supaya sedia mengalami pengalaman-pengalaman baru


Antara yang menarik dan menyeronokkan kanak-kanak semasa di sana adalah dark ride, helicopter ride , 3D movie, melihat dinasour dan lain-lain lagi
.

Dalam perjalanan sekilas masa menaiki `dark ride` gondola, kanak-kanak begitu seronok apabila diperkenalkan asas kejadian bumi ini dengan teknologi canggih dengan paparan skrin .Walaupun mereka kurang faham dengan penerangan itu,tetapi yang pasti mereka amat gembira menaiki gondola bersama-sama kawan-kawan .

Kembali ke zaman 170 juta tahun dahulu, kanak-kanak dipertontonkan dengan hidupan dan haiwan pra sejarah . Dinasour yang besar dan boleh bergerak seolah hidup membuatkan kanak-kanak semua seronok ...ada juga yang ketakutan hingga minta didukung.

Lawatan ke pelantar minyak dengan menaiki helikopter adalah pengalaman yang cemas tetapi menyeronokkan .Kami berjaya terbang dalam cuaca ribut dan mendarat di atas pelantar minyak . Oo..rupanya kerja -kerja di pelantar begitu mencabar.Nak dapatkan hasil minyak dan gas perlu banyak pengorbanan.

Menonton movie 3D - cerita `Dragon`, dengan mengenakan cermin mata khas juga menyeronokkan. Kita seolah-olah berada sangat hampir dengan apa yang ada dalam cerita tersebut .

Walaupun meletihkan, tetapi kanak-kanak dan guru-guru dapat merasakan keseronokkan .