Nov 23, 2012

Pengalaman bersama anak-anak Al-Husni mengikuti kelas berenang


  

Assalamualaikum w.b.t


sahaja untuk berkongsi cerita kali ni apabila mengenangkan telatah anak-anak al-husni belajar berenang di Pusat Akuatik, Shah Alam yang cukup mencuit hati saya. Melihat wajah comel mereka bermain riang gembira di dalam air membuatkan saya asyik tersenyum. Tidak sangka kanak-kanak (yang hanya 4,5 dan 6 tahun) ini sudah dibenarkan berenang di kolam orang dewasa tetapi hanya dengan pemantauan cikgu berenang mereka lah (mereka di ajar mengikut berperingkat-peringkat).Saya sendiri tidak menyangka mereka lebih berani berenang di kolam orang dewasa. Woah!! Satu pencapaian besar bagi saya. Ini membakar semangat saya untuk mengambil kelas berenang untuk diri sendiri pada masa akan datang. =) 








Namun, apabila saya perhatikan kanak-kanak ini ketika berlatih berenang. Pembelajaran mereka tidak lah susah, malah lebih seronok. Guru yang mengajar juga sangat sabar melayan kerenah kanak-kanak dan berdisiplin (hah, in yang penting). Pembelajaran ini mendidik dan membantu kanak-kanak lebih yakin, berani, tenangkan diri, dan bernafas. Nilai yakin pada diri sendiri bukan sahaja dipraktikan apabila berada di dalam air, malah secara tak langsung membantu membina karakter kanak-kanak ini dalam kehidupan harian mereka.










Ini adalah beberapa fakta mengenai sukan renang.....

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoodinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain merangsang stamina (sistem kardiovaskular). Air yang membawa peranan penting dalam sukan ini memjadikan sukan renang lebih unik berbanding sukan-sukan yang lain. Keampungan badan di dalam air membolehkan latihan yang susah atau sukar di lakukan ketika berada di tempat yang kering (tiada air) lebih mudah dilakukan. Tidak seperti sukan yang memerlukan impak yang tinggi seperti lari, dimana memberi tekanan pada joints. Malah, air yang berada di sekeliling kita membantu memperlahankan pergerakan dan meningkatkan kesukaran dalam pergerakan berbanding latihan di luar air. 


Sesiapa yang berminat untuk mendaftar anak-anak mereka mengambil kelas berenang pada tahun hadapan. Bolehlah membuat pendaftaran dengan segera!


P/S: kepada sesiapa yang berminat berenang, selamat mencuba dan selamat berenang =). Hmm... masa cuti sekolah inilah masa yang paling sesuai sekiranya ibubapa mahu meluangkan masa bersama anak-anak mereka belajar berenang. Boleh lah  bawa mereka ke Pusat Akuatik, Shah Alam. Tiket masuk murah sahaja.

Nov 7, 2012

PENDAFTARAN TAHUN 2013

Pendaftaran Tadika Al Husni bagi tahun 2013 telah pun dibuka. Ibubapa boleh muat turun borang untuk di isi dan dihantar ke Tadika yang berkenaan iaitu di Laman Seri, Seksyen 27 Shah Alam atau Taman Pinggiran USJ. Pihak kami amat mengalu-alukan kedatangan dan juga pendaftaran anak-anak anda. 

Kelebihan Tadika Al Husni ialah, kami mengadakan Kelas Bimbingan Renang untuk anak-anak 4, 5 dan 6 tahun yang di kendalikan oleh pihak Kolam Renang dan Akuatik Shah Alam. Anak-anak anda akan dilatih oleh mereka yang mahir. Pihak Tadika hanya membawa anak-anak ini ke sana setiap hari Rabu. Selepas sesi pembelajaran maka mereka akan di bawa pulang oleh pihak Tadika. Sila dapatkan borangnya di bawah. Maaf hanya " Plain Text ".....akan di kemaskinikan..InsyaAllah.




       TADIKA AL-HUSNI
38 Jalan Paya Lebar Satu 27/10A Laman Seri , Seksyen 27 , 40400 Shah Alam ,Selangor .
60 Jalan Pinggiran USJ 3/4 , Taman Pinggiran USJ , Subang Jaya, Selangor .
                        Phone : 03-51924163,  013-3302885 , 012-6595307
         CHILD PERSONAL RECORD
            Enrolment For Year 2013


Child Information
    Child Name
    Date of Birth
    Age
    Sex
    Birth Cert No
    email address
    Home Address
  Parent`s Information
    Father's/Guardian's
    Name
    Occupation
    Telephone Home : Office : Mobile :
    Mother's Name
    Occupation
    Telephone Home : Office : Mobile :
      Other Information
    Number of children in family
    Child position in family
    Previous kindergarten (if any)

            CHILD`S   HEALTH
            Yes              No
    Asthma
    Tantrums
    Jaundice
    Hole in the heart
    Allergy
    Left-handed
    Has he/she had a 
    serious fall ?
    Others (specify)
    Other details
    Transportation 
    Address of babysitter
    (if not home address )

MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH CEMERLANG KE 14

Majlis Graduasi & Anugerah Cemerlang ke 14

Tadika Al Husni -Laman Seri & Pinggiran USJ
Paluan Kompang di mainkan bagi perarakan masuk para Graduan  dari Pinggiran USJ

Graduan Pinggiran USJ

Para Graduan dari Laman Seri Shah Alam.




Alhamdulillah .....Tadika Al Husni baru sahaja menyambut Hari Graduasi yang ke 14 pada 4 November 2012 yang lalu di Intekma Resort and Convention Centre. Majlis yang amat gemilang bagi para Graduan 2012. Dengan tema Ceria Beriman....berbagai persembahan telah dipersembahkan kepada ibubapa. Anak-anak telah berusaha sebaik mungkin untuk persembahan mereka dan hasilnya amatlah membanggakan kami di Tadika Al Husni.

Dengan 2 cawangan Tadika maka Puan Pengetua amatlah sibuk...walaubagaimanapun...tahniah buat Tadika Al Husni. Gambar boleh di "download" oleh ibubapa di Facebook Tadika Al Husni.

Terima kasih kami kepada ibubapa yang memberi sepenuh kepercayaan kepada Tadika Al Husni di dalam memberi didikan dan pembelajaran mereka.