Jul 30, 2010

KELAS RENANG









Kelas renang adalah aktiviti yang baru dimulakan untuk pelajar-pelajar tadika Al-Husni sebagai aktiviti tambahan. Ianya dimulakan pada penghujung tahun 2009 .Kelas renang ini diadakan sekali dalam seminggu iaitu setiap hari Khamis, bertempat di Pusat Akuatik Shah Alam . Kelas bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari .Walaupun cuaca amat panas pada waktu ini,tetapi Alhamdulillah kanak-kanak berlatih dalam kawasan yang dilindungi matahari.,

Pengangkutan serta makanan disediakan .Pelajar yang termuda yang mengikuti kelas renang tahun 2010 berumur 4 tahun . Aktiviti renang membantu kanak-kanak membentuk dan membina kekuatan fizikal ,mental dan melatih mereka supaya menjadi lebih berani . Kanak-kanak juga dilatih supaya mematuhi arahan, peraturan dan adab-adab semasa berenang .

Setelah beberapa kali mengikuti kelas renang ini , kami dapati beberapa orang kanak-kanak yang pada mulanya takut ,menangis dan menjerit apabila disuruh masuk ke dalam air , kini telah dapat menyesuaikan diri , bahkan mereka amat gembira sekali apabila berada didalam air yang sedalam 4 kaki .

Kami percaya ramai ibu bapa yang kurang berminat kerana bimbang tentang keselamatan anak-anak semasa berenang , InsyaAllah jurulatih renang sentiasa mengawasi mereka dan mereka tidak dibenarkan bermain sesuka hati .