Oct 25, 2009

PENGENALAN



Pengasas

Tadika Al-Husni dimiliki oleh dua sahabat karib yang mencintai perkembangan anak-anak. Mereka adalah Puan Maziah bt Ismail dan Puan Zuraida bt Muslim . Masing -masing graduan Perakaunan dan Perniagaan dan Pengurusan.Sebagai nilai tambah kepada usaha ke arah pendidikan pra sekolah , mereka telah mengikuti program di bawah anjuran Jabatan Pendidikan, Persatuan Tadika Islam Malaysia dan Persatuan Tadika Malaysia dan lain lain kursus berkaitan.

Sepintas Selalu

Tadika al-Husni merupakan sebuah tadika Islam aliran Bahasa Inggeris . Mula ditubuhkan pada September 1998 dan memulakan operasi sepenuhnya pada 1999. Sepanjang perkembangnya,Tadika Al-Husni telah berjaya melahirkan anak-anak yang berkeupayaan menguasai 3M , iaitu membaca, menulis daan mengira; keutamaaan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Ingggeris dan pendedahan dalam jawi.Selain itu ramai anak-anak mendapat manfaat pandai mengaji dalam pendidikan Iqra` juga menghafal surah-surah lazim serta doa harian. Mereka juga mantap dalam bacaan dalam solat dan latihan solat 5 waktu .
Dengan pendidikan sahsiah asas Islam anak-anak dididik dengan adab sebagai muslim, serta bertanggung jawab dan berkeyakinan dalam mengenengahkann bakat dan kebolehan masing -masing . Ini memberi jaminan sebagai modal insan yang sentiasa bersikap positif dan bersedia untuk melangkah ke alam sekolah rendah nanti.

Visi

Menjadi sebuah institusi pendidikan pra sekolah yang menyediakan pendidikan Islam bersepadu ,beraliran Bahasa Inggeris dan bermutu dari segi kualiti pembelajaran dan pendidikan dan memberi keutamaan kepentingan kanak-kanak.

Misi

Melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup mereka. dan menjadikan mereka kanak-kanak yang berkeyakinan dan berketerampilan .

Moto

1.Ilmu penyeri hidup
2.Children are our future ,teach and lead them well .

Lokasi

Berkonsepkan `tadika yang selamat` dan kondusif. Terletak di dua lokasi dengan beralamat ;
1. 38 Jalan Paya Lebar 27/10A
Laman Seri 40400
Shah Alam.

2. 60 Jalan USJ Pinggiran 3/4
Taman USJ Pinggiran 40300
Subang Jaya

Kedua-dua tadika terletak di kawasan perumahan berpagar dan dikawal oleh pengawal keselamatan 24 jam .

Sejarah Pendidikan Di Tadika Al-Husni

Program pendidikan pra sekolah di Tadika Al-Husni bermula pada tahun 1999. Sewaktu itu ia-nya dikenali sebagai Al-Husna Kindergarten. Al-Husna Kindergarten merupakan pelopor kepada pendidikan tadika Islam beraliran Inggeris di rantau ini (seksyen 27 dan 28 ,Shah Alam). Oleh kerana bilangan pelajar amat terhad , pada tahun 2006, tadika telah berpindah dari seksyen 28 Taman Alam Megah ,Shah Alam ke lokasi sekarang di seksyen 27, Laman Seri , Shah Alam. Ini membuka peluang lebih ramai lagi anak-anak untuk belajar di Tadika Al-Husni dengan lebih kondusif .
Tadika Al-Husni telah melebarkan sayapnya dengan cawangan pertama dibuka pada 2009 di USJ Pinggiran, satu kawasan yang unik dan istimewa dari segi lokasinya .


Matapelajaran yang ditawarkan

Akademik-
  1. Bacaan-kaedah cepat membaca `Bacalah Anakku`
  2. Bahasa Melayu
  3. Reading - Peter and Jane -Ladybird series
  4. English language
  5. Mathematic
  6. Mental Arithmatic
  7. Science
  8. Jawi
  9. Iqra`
  10. Hafalan Surah dan doa

Activities-
  1. Art & Craft
  2. Music & movement
  3. Gardening
  4. Swimming lesson
  5. Field trips
  6. Birthday parties
  7. Annual Sports
  8. Annual Concert & Graduation
  9. Pertandingan membaca , melukis (atas jemputan)


Lain-Lain Perkhidmatan
Penjagaan anak-anak selepas sekolah.
Transit.







PENDAFTARAN

Pendaftaran murid bagi sesi 2010 dibuka